Aku Pemenang pertama HIDUP BERANI UNTUK GAGAL SEO contest

HIDUP-BERANI-UNTUK-GAGAL-winner

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kepada tuhan kerana memberikan peluang untuk masih hidup di bumi ciptaanNya ini. Minggu ini sedikit sibuk dengan persediaan untuk masuk university baru (Monash Uni) untuk setahun lagi (Honours Year). Sibuk menguruskan visa, jadual waktu, penempatan baru. Yelah, sebelum ni aku kat Melbourne Uni sekarang sudah pindah university pulak. Aku ade sebab sendiri kenapa aku pindah uni untuk Honours Year aku ni.

Berbalik kepada topik asal. Pada 18/2/2010, Denaihati telah mengumumkan keputusan pemenang pertandingan SEO HIDUP BERANI UNTUK GAGAL setelah beberapa bulan berlansungnya pertandingan ini. Aku pada mulanya mmg tak berhasrat lansung nak join pertandingan ini, tapi apabila dipaksa oleh MelayuBolehZone, aku join juga lah. Tanpa disangka-sangka, aku telah Berjaya mendapat 1st place dalam pertandingan itu. Dan membolehkan aku memenangi hadia wang tunai sebanyak RM450. Terima kasih sekali lagi kepada denaihati

Terima kasih juga kepada saudara KMZack Melayu Boleh kerana memberi kekuatan untuk meneruskan cabaran pertandingan. Tanpa beliau, mungkin aku tak dapat 1st place rasanya.
Banyak menda juga yang aku lakukan untuk proses pertandingan SEO ini. Aku akan ceritakan step by step How To SEO cara aku sendiri.

Mula-mula adalah dengan melakukan On-Page Optimization. Banyak peserta-peserta aku tengok ambik ringan atas perkara ni. On-Page Optimization ni amat penting bagi aku sebelum memulakan sesuatu proses SEO. Pastikan TITLE, DESCRIPTION, META Keyword mempunyai kata kunci pertandingan. Bagi kes ni, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Selain itu aku juga perlu mempunyai H1 tag dalam page site aku dan H1 ni di link kepada Website aku menggunakan anchor HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Pemilihan themes juga memainkan peranan kerana jika googlebot susah nak crawl site kita, agak susah kita nak ranking. Ini berlaku sendiri kepada aku. Sebelum ni, aku guna pakai themes The Morning After. Themes ni memang lawa dan aku suka. Tetapi disebabkan themes ni agak complicated coding dia, google bot tak berapa nak suka site aku. Aku pon beralih arah kepada themes yang aku pakai sekarang ni, Kubick. Theme ni memang SEO optimized kalau korang nak tahu. Minimal coding dalam setiap files. Dan aku adjust beberapa perkara dalam themes ni untuk nak bagi themes ni tak berapa DULL. Ok. Siap untuk On-Page Optimization bagi aku. Ada sedikit2 lagi untuk korang spy aku punya On-page..
*HINT* : perhatikan aku punya 10 ways to stop smoking punya artikel.

Seterusnya OFF-Page Optimization:
Langkah ni aku buat dengan komen di blog orang. Buat social bookmarking dengan kata kunci HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Aku perhatikan, kuantiti backlinks tak memainkan peranan sangat keatas SERPS tetapi Kualiti link yang kita dapat tu. Contohnya, page2 yang mempunyai PR yang tinggi yang banyak komen spam adalah lebih tak berkualiti dari page2 yang mempunyai PR yang rendah tetapi tak mempunyai komen spam.
Selain itu juga, aku variasikan kata kunci. Aku tak gunakan semua backlink aku HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sahaja. Tapi, aku juga gunakan HIDUP BERANI, BERANI GAGAL, HIDUP GAGAL, HIDUP UNTUK, BERANI HIDUP.. Aku tak semuanya menggunakan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL kerana kalau guna berlebihan mungkin akan dikenakan penalty oleh google.
Tu sahaja yang aku buat untuk mendapatkan tempat pertama bagi kontes HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini.

Sekian dari aku yang tak seberapa ini

Incoming search terms:

#7 – Projek Cuti Sekolah

Projek Cuti
Projek Cuti:

1) Traffic/Backlink Bot Method 1 – Easy
2) Traffic/Backlink Bot Method 2 – Easy
3) Do-Follow Commenter Bot – Easy
4) Youtube Viewer Bot – Easy
5) Youtube Uploader Bot – Medium
6) Social bookmarking bot (account creator, bookmarker) – Hardest!

Ni antara tools yang akan aku bina masa cuti raya nanti. Bot ini adalah untuk Personal use only kerana aku takut disalah guna oleh individu yang tak bertanggungjawab kelak. InsyaAllah, dengan bot-bot yang aku cipta nanti, memudahkan kerja seo aku nanti. Bot yang last tu mmg sangat mencabar untuk menciptanya. Aku dah split test dah projek 1,2,3,4,7 dan semuanya menampakkan tanda positif setakat ni. Projek 7 agak mencabar aku rase sebab mmg mencabar. Perlu sekurang2nya 7 hari jugak rasenye untuk completekan 100-200 list social bookmarking sites. Dan bot bagi projek 7 ni adalah semi automatic sebab memerlukan captcha insertion. Projek yang lain semuanya automatic.

SEO automation otai lah aku jadi nanti.. Hahahaha.. (Lame)

Update Project : Update 1

Incoming search terms:

#2: Misi Pertama – SEO dan Fakhri (part 1)

seo dan fakhri

Misi pertama sebelum blog ini diwujudkan adalah untuk meletakkan blog ini berada dalam senarai top 10 di dalam Search Engine Google.com dengan kata kunci fakhri. Beberapa kaedah basic SEO telah aku buat semasa blog ini berada dalam keadaan akan datang mode. Aku telah membuat satu link co-op dari semua blog-blog aku yang lain dan hasilnya, sekarang sudah berada pada page 3 (ranking yang ke 25 dengan keyword fakhri) dan sebelum ini blog ini berada dalam kedudukan 200++. Tujuan aku menggunakan keyword itu adalah itu adalah nama aku, jadi bila orang search di google nama aku, blog aku yang akan muncul. Hehehe. Tak ke glamour aku nanti..

Aku mengenali SEO sejak bulan November 2008. Ia terjadi secara tidak sengaja semasa aku analyze traffic satu blog video aku dan aku kaji struktur link, incoming link dan selepas itu, aku mencuba melakukan satu kajian SEO mengenai penemuan aku. Usaha aku tidak sia-sia kerana aku berjaya mendominasi Google untuk satu keyword yang highly competitive dan aku dapat menjejakkan kaki di page pertama Google dalam masa sebulan untuk keyword tersebut. Ia bertahan selama 6 bulan tanpa sebarang kerja SEO selepas itu dan baru2 ini ia jatuh ke page kedua disebabkan server selalu down dan jarang update kerana menumpukan perhatian pada aktiviti lain. Begitulah sedikit sebanyak mengenai aku dan SEO.

Taktik kedua yang aku gunakan dalam mengejar kedudukan top 10 di Search Engine Google adalah melalui link exchange dengan kawan-kawan blogger. Di sini juga aku ingin mengkaji adakah relevan lagikah link exchange buat masa sekarang kerana ramai berpendapat link exchange sudah tidak ada nilai lagi untuk mendapat kedudukan yang bagus dalam Search Engine Google. Aku akan memberikan keputusan kajian aku pada bahagian akan datang kerana setiap kajian memerlukan sedikit masa.

Taktik ketiga yang aku telah gunakan adalah dengan forum signature. Tetapi harus diingat, taktik ini akan membawa mudarat jika proses link building dibuat terlalu extreme. Ada caranya untuk membuat secara extreme tetapi akan aku terangkan pada masa hadapan tentang Black Hat SEO ini. Itupun kalau aku rajin ingin berkongsi. Kerana SEO jenis ini cepat saturated jika ramai menggunakannya.

Setakat ini, hanya 3 taktik sahaja aku gunakan dalam proses aku mencapai kedudukan top 10 di Search Engine Google dengan keyword fakhri. Jika ada teknik lain yang aku gunakan, akan aku tulis lagi pada masa hadapan.

Blog Widget by LinkWithin