#13 – SEO-fakhri, Projek cuti sekolah dan Misi Alexa

Alhamdulillah kerana masih berpeluang mencoretkan sesuatu kat blog ini. Setelah hampir dua bulan setengah blog ini aktif secara rasminya, banyak perkara yang saya lakukan dan ceritakan di blog ini tetapi tiada penghujungnya.


Pertama sekalinya adalah Misi Pertama sempena kewujudan blog ini dimana saya ingin melakukan proses SEO keatas keyword nama saya sendiri iaitu “fakhri”. Alhamdulillah berjaya juga berada pada ranking di page pertama (Nombor 10) di google.com.my . Ok lah tu memandangkan tulisan ni pon dalam bahasa melayu dan semestinya orang melayu je lah yang paham unless ade orang putih nak baca jugak guna google translator.


Perkara kedua adalah Projek cuti sekolah dimana saya gagal menyiapkan projek2 yang dirancang kerana beberapa masalah seperti ketidak cukupan masa untuk diluangkan depan komputer semasa cuti hari tu. Hari-hari ade open house kat Australia ni selama 2 minggu ni. Memang time cuti aritu boleh dikatan saya tak memasak lansung kat umah. Hari-hari pegi open house dan juga buat open house. Oh ya, projek terakhir bagi projek cuti sekolah tu saja yang tidak sempat disiapkan kerana baru siap account creator saja. Submitter tak berapa nak ade masa nak buat memandangkan lepas saje abes cuti, berderet-deret due date yang nak kene due. Even sekarang pon, saya sebenarnye belum lagi tidor setelah 24jam bersengkang mate untuk siapkan esaimen yang berpaksikan 10% markah. Lepas ni memang layan abes la kalau tido nih..


Perkara terakhir adalah Misi menaikkan ranking alexa. Dan misinya pon sudah pon berjaya dilaksanakan dimana ranking blog ini telah jatuh mendadak dari sejuta hinggalah kepada 750ribu setakat hari ini dan akan turun dan turun lagi selepas ini, InsyaAllah.

Ok, tu saje buat masa ni, next post adalah mungkin pada hari khamis ni dimana saya ade pikirkan satu perkara menarik untuk dikongsikan. Tungguu..

Incoming search terms:

#11 – Open House, Duit Raya dan Duit Google $829

Agak lama aku tak tulis blog ini. Bukan kerana malas, tetapi masa yang tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian. Hari raya aritu, aku ade buat open house sikit kat bumi Australia ni, sambut bersama rakan-rakan yang tak balik beraya di Malaysia. Macam-macam jugak aku dan budak-budak umah aku masak. Kami masak sate, kuah kacang, nasi impit, pulut kuning, kari ayam, daging masak merah. Pencuci mulut lak, kami ade agar-agar, muffin dan air orange mango. Banyak jugak sate yang kami buat. Dalam 1000 cucuk sate semuanya. Dan yang paling menggembirakan adalah semua 1000 cucuk tu abes!! Yeah..

Sate Fakhri

Sate Lagi

Antara Makanan Yang Kami sediakan

Sebelum Menjadi Sate

Bahan Perap

Duit raya aku tahun ni adalah kosong.. xdapat duit raya.. tapi dua hari lepas aku dapat berita gembira bahawa duit google adsense untuk bulan lepas dah pon dimasukkan ke dalam akaun aku.. Alhamdulillah.. kiranya ini duit raya dari google la kira nya.. heehehe..

Klik Untuk Besarkan

Klik Untuk Besarkan

Blog Widget by LinkWithin

Incoming search terms: