#16-Bagaimana Menjana Wang Dengan Google Adsense [Part 1]

Buat-Cari-Duit-google-adsense

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Setelah entry emo yang lepas, aku terus tak ade idea nak tulis ape. Ok lah, harini aku free sikit, so aku kongsikan pengetahuan aku tentang Google Adsense.

Google adsense ni adalah satu program untuk kita menjana wang melalui internet. So, kepada siapa-siapa yang belum register lagi, ikut sedikit tips dari saya:



  • Sebelum register, perlulah diingat anda perlulah mempunya satu website yang mempunyai pelawat ke website/blog anda. Seboleh-bolehnya website/blog berbahasa inggeris yang mempunya artikel original. Jangan copy dan paste saja artikel dari laman web orang lain kerana mungkin kebarangkalian application anda untuk mendapatkan akaun google adsense tidak akan diterima.

  • Pastikan Website/blog itu mempunyai sekurang-kurang nya 5 artikel yang di publish selang 2 hari selama 10 hari.

  • Pastikan website/blog itu mempunya gambar header yang menarik dan related dengan artikel yang kita tulis tu. Contohnya, website kita berkenaan kereta, gambar header perlulah berkenaan kereta dan bukan berkenaan bunga.

  • Pastikan di bahagian blogroll website/blog anda itu mempunyai link kepada related authority website. Contoh, kalau website pasal kereta, di bahagian blogroll tu, adekanlah satu dua link ke website-website kereta yang terkenal macam Honda.com, mazda.com ke .. Asalkan website itu nampak berkualiti.

  • Pastikan pada setiap post/artikel tu, ade gambar yang berkaitan. Macam website ni, aku ada gambar bagi setiap post sebab nampak lebih menarik.



Jika anda sudah buat semua ini, anda bolehlah apply akaun google Adsense anda disini: Daftar Akaun

Diharap, post kali ini membantu sape-sape yang masih blur pasal Google Adsense ni. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Adsense, boleh lawati laman web Adsense Help Center disini

PS: Boleh juga daftar dengan website bahasa melayu, tetapi aku tak jamin application anda akan diterima (pilih option website language bahasa Indonesia)

Incoming search terms:

#11 – Open House, Duit Raya dan Duit Google $829

Agak lama aku tak tulis blog ini. Bukan kerana malas, tetapi masa yang tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian. Hari raya aritu, aku ade buat open house sikit kat bumi Australia ni, sambut bersama rakan-rakan yang tak balik beraya di Malaysia. Macam-macam jugak aku dan budak-budak umah aku masak. Kami masak sate, kuah kacang, nasi impit, pulut kuning, kari ayam, daging masak merah. Pencuci mulut lak, kami ade agar-agar, muffin dan air orange mango. Banyak jugak sate yang kami buat. Dalam 1000 cucuk sate semuanya. Dan yang paling menggembirakan adalah semua 1000 cucuk tu abes!! Yeah..

Sate Fakhri

Sate Lagi

Antara Makanan Yang Kami sediakan

Sebelum Menjadi Sate

Bahan Perap

Duit raya aku tahun ni adalah kosong.. xdapat duit raya.. tapi dua hari lepas aku dapat berita gembira bahawa duit google adsense untuk bulan lepas dah pon dimasukkan ke dalam akaun aku.. Alhamdulillah.. kiranya ini duit raya dari google la kira nya.. heehehe..

Klik Untuk Besarkan

Klik Untuk Besarkan

Incoming search terms:

#6 – Duit Google dah masuk!!

Alhamdulillah bersyukur aku kerana usaha aku selama ini berbaloi2 jugak hendaknya. Entry kali ini aku nk kongsi kegembiraan dengan sapa2 yang baca blog ini pasal duit Google Adsense aku dah selamat masuk ke akaun bank aku. Jumlahnye adalah seperti screen shot kat bawah lah. Bulan puasa ni, mmg bulan rezeki lah buat aku. So lepas ni aku mau beli baju raya lah..

AdsenseNetbank

Alhamdulillah, takde lah banyak sangat macam keje ladang, tapi, saje2 dok umah asyik surf internet buat keje yang takde faedah sangat, alang2 tu, try la cari duit lebih sikit. Hehe..

Enjoy.

Wassalam

Blog Widget by LinkWithin