#13 – SEO-fakhri, Projek cuti sekolah dan Misi Alexa

Alhamdulillah kerana masih berpeluang mencoretkan sesuatu kat blog ini. Setelah hampir dua bulan setengah blog ini aktif secara rasminya, banyak perkara yang saya lakukan dan ceritakan di blog ini tetapi tiada penghujungnya.


Pertama sekalinya adalah Misi Pertama sempena kewujudan blog ini dimana saya ingin melakukan proses SEO keatas keyword nama saya sendiri iaitu “fakhri”. Alhamdulillah berjaya juga berada pada ranking di page pertama (Nombor 10) di google.com.my . Ok lah tu memandangkan tulisan ni pon dalam bahasa melayu dan semestinya orang melayu je lah yang paham unless ade orang putih nak baca jugak guna google translator.


Perkara kedua adalah Projek cuti sekolah dimana saya gagal menyiapkan projek2 yang dirancang kerana beberapa masalah seperti ketidak cukupan masa untuk diluangkan depan komputer semasa cuti hari tu. Hari-hari ade open house kat Australia ni selama 2 minggu ni. Memang time cuti aritu boleh dikatan saya tak memasak lansung kat umah. Hari-hari pegi open house dan juga buat open house. Oh ya, projek terakhir bagi projek cuti sekolah tu saja yang tidak sempat disiapkan kerana baru siap account creator saja. Submitter tak berapa nak ade masa nak buat memandangkan lepas saje abes cuti, berderet-deret due date yang nak kene due. Even sekarang pon, saya sebenarnye belum lagi tidor setelah 24jam bersengkang mate untuk siapkan esaimen yang berpaksikan 10% markah. Lepas ni memang layan abes la kalau tido nih..


Perkara terakhir adalah Misi menaikkan ranking alexa. Dan misinya pon sudah pon berjaya dilaksanakan dimana ranking blog ini telah jatuh mendadak dari sejuta hinggalah kepada 750ribu setakat hari ini dan akan turun dan turun lagi selepas ini, InsyaAllah.

Ok, tu saje buat masa ni, next post adalah mungkin pada hari khamis ni dimana saya ade pikirkan satu perkara menarik untuk dikongsikan. Tungguu..

Incoming search terms:

#9 – Misi menaikkan Ranking alexa

alexa-logo

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog ini. Hari ini saya mendapat satu ilham dimana untuk menaikkan ranking alexa. Seperti yang diketahui, blog ini mempunyai alexa yang berujuta. Oleh itu saya mahu untuk menurunkan angka tesebut. Lihat lah Screen Shot alexa saya. Sejuta lebih.

alexa fakhri

Klik untuk besarkan gambar

Ok. Setakat ini dahulu coretan saya. Nantikan lagi dua atau tiga minggu. Bagaimana angka alexa saya berubah. Manurun atau menaik? Nantikan.

Incoming search terms:

#8 – [Update 1] Projek Cuti Sekolah

seo dan fakhri

Wah.. Setelah last week aku busy gile dengan test dan esaimen, this weekend aku rehat la sikit-sikit walaupon ade jugak esaimen yang perlu dihantar next week. Alahai.. nasib badan. Projek cuti sekolah aku masih lagi on track walaubagaimanapon. Kerja-kerja scrapping URL sedang giat dijalankan.Hehe.. banyak masa nk scrap URL ni. sbb ade URL yang takleh pakai, ade yang boleh pakai. So kene cek elok-elok.

Sekarang ni saya sedang focus untuk projek no 1 dan projek no 3. Projek no 1 sekarang ni adalah dalam final stage iaitu stage untuk URL je lagi. Semua coding dah disiapkan dah. Code dah tested cuma menunggu URL dikumpulkan jer. Dengan tools ni, banyak menda dapat dibuat. Adsense For Domain pon dapat di monetize jugak guna tools ni (*Hint*).

Projek no 3 sudah siap 90% sebenarnye. Ade beberapa lagi bahagian untuk diperkemaskan. Seperti code, dan beberapa perkara lagi lah..

Projek no 4 just memerlukan beberapa application untuk ianya berfungsi. Which is list proxy yang banyak, dan cookies removal. So, ada menda dua alah ni, projek no 4 ni akan siap 100%. Sekarang ni application tu dah ade tapi just nak tunggu mase yang sesuai je untuk beli/tempah.

Untuk projek youtube, saya hold dulu sebab xde keperluan lagi untuk projek youtube ni. Mungkin masa cuti nanti bila ada masa lebih akan saya buat.

Ok. Itu saja update buat masa sekarang. Wassalam

p/s: Untuk pengetahuan, saya takkan release tools ni sebab tools yang saya buat ni mmg guarantee dapat free backlinks yang banyak. Sangat bahaya jika disalah gunakan.

#7 – Projek Cuti Sekolah

Projek Cuti
Projek Cuti:

1) Traffic/Backlink Bot Method 1 – Easy
2) Traffic/Backlink Bot Method 2 – Easy
3) Do-Follow Commenter Bot – Easy
4) Youtube Viewer Bot – Easy
5) Youtube Uploader Bot – Medium
6) Social bookmarking bot (account creator, bookmarker) – Hardest!

Ni antara tools yang akan aku bina masa cuti raya nanti. Bot ini adalah untuk Personal use only kerana aku takut disalah guna oleh individu yang tak bertanggungjawab kelak. InsyaAllah, dengan bot-bot yang aku cipta nanti, memudahkan kerja seo aku nanti. Bot yang last tu mmg sangat mencabar untuk menciptanya. Aku dah split test dah projek 1,2,3,4,7 dan semuanya menampakkan tanda positif setakat ni. Projek 7 agak mencabar aku rase sebab mmg mencabar. Perlu sekurang2nya 7 hari jugak rasenye untuk completekan 100-200 list social bookmarking sites. Dan bot bagi projek 7 ni adalah semi automatic sebab memerlukan captcha insertion. Projek yang lain semuanya automatic.

SEO automation otai lah aku jadi nanti.. Hahahaha.. (Lame)

Update Project : Update 1

Blog Widget by LinkWithin

Incoming search terms: