3 Dalil Kenapa Saya Tidak Update Blog selama sebulan

Dalil Blog

Assalamualaikum wbt. Dikesempatan ini saya memohon kemaafan kepada semua kerana sebulan yang lepas saya tidak dapat mengemaskini blog ini atas beberapa sebab.

1) Sebulan yang lepas saya menempuhi final semester exam dan menumpukan sepenuh perhatian saya kepada exam tersebut
2) Selepas daripada exam, saya asyik terfikir-fikir tentang keputusan yang bakal saya perolehi kerana saya tidak dapat menjawab sebilangan besar daripada soalan untuk satu paper itu. Disebabkan ini adalah final semester, jika saya gagal, maknanya saya akan repeat lagi untuk satu semester dan ini yang saya tidak mahu. Penat dan saya mahu graduate!!
3) Semalam result yang saya tunggu2, yang saya risau-risau, yang saya fikir-fikir, yang saya takut-takut tu telah keluar. Alhamdulillah, tak ada paper yang kantoi. Alhamdulillah.. syukur.. Dan saya akan graduate 17 hb ni.. yahoo.. best2..

Kerana sebab-sebab ini saya tidak dapat mengemaskini blog ini. Ye lah, baru je saya nak update, idea lari terkenangkan paper yang saya jawab tu, fail ke, lulus ke.. semua kerja tidak menjadi.
So, saya harap, kepada sesiapa yang masih menunggu result final semester akan mendapat keputusan yang elok.

Oh ya.. saya sudah upgrade laptop saya kepada Windows 7. Dan saya sangat sangat sangat berpuas hati dengan performance Windows 7 jika dibandingkan dengan Windows Vista. Boot laju, bukak application laju, semua laju lah. So, saya cadangkan siapa-siapa yang pakai Windows Vista lagi tu, cepat-cepat la tukar kepada windows 7. Berbaloi-baloi.. Hohoho

Wassalam

Incoming search terms:

#8 – [Update 1] Projek Cuti Sekolah

seo dan fakhri

Wah.. Setelah last week aku busy gile dengan test dan esaimen, this weekend aku rehat la sikit-sikit walaupon ade jugak esaimen yang perlu dihantar next week. Alahai.. nasib badan. Projek cuti sekolah aku masih lagi on track walaubagaimanapon. Kerja-kerja scrapping URL sedang giat dijalankan.Hehe.. banyak masa nk scrap URL ni. sbb ade URL yang takleh pakai, ade yang boleh pakai. So kene cek elok-elok.

Sekarang ni saya sedang focus untuk projek no 1 dan projek no 3. Projek no 1 sekarang ni adalah dalam final stage iaitu stage untuk URL je lagi. Semua coding dah disiapkan dah. Code dah tested cuma menunggu URL dikumpulkan jer. Dengan tools ni, banyak menda dapat dibuat. Adsense For Domain pon dapat di monetize jugak guna tools ni (*Hint*).

Projek no 3 sudah siap 90% sebenarnye. Ade beberapa lagi bahagian untuk diperkemaskan. Seperti code, dan beberapa perkara lagi lah..

Projek no 4 just memerlukan beberapa application untuk ianya berfungsi. Which is list proxy yang banyak, dan cookies removal. So, ada menda dua alah ni, projek no 4 ni akan siap 100%. Sekarang ni application tu dah ade tapi just nak tunggu mase yang sesuai je untuk beli/tempah.

Untuk projek youtube, saya hold dulu sebab xde keperluan lagi untuk projek youtube ni. Mungkin masa cuti nanti bila ada masa lebih akan saya buat.

Ok. Itu saja update buat masa sekarang. Wassalam

p/s: Untuk pengetahuan, saya takkan release tools ni sebab tools yang saya buat ni mmg guarantee dapat free backlinks yang banyak. Sangat bahaya jika disalah gunakan.

#4 – Operation Research dan Fakhri

OR

Hari ni aku pegi jumpe group members aku bincang pasal Projek Industrial untuk subjek Operation Research (Ini subjek Matematik OK). Bincang punya bincang, semua kami 3 orang blur sbb soalan tu vague sangat. Last-last pegi jumpe lecturer tanye ape yang soalan-soalan tu nak. Kami diberi 5 soalan dan suruh dipilih salah satu task. Hari tu ade satu company bagi la problem masalah company dia. Oh ya, project ni melibatkan real time problem. Takde problem yang direka-reka. Memang betul2 problem masalah company tu lah. Kami ditugaskan untuk menyelesaikan masalah company tu sebagai projek kami untuk subjek ni. Ok, berbalik kepada jumpe lecturer (aku rase lecturer tu Malaysian-Chinese), bincang punya bincang ada la sedikit idea untuk buat projek mana sebab mmg mencabar betullah projek kali ni. Ye lah kan, dealing with real time problem dan diberi masa selama 4 minggu untuk selesaikan tugas2 tu semua. Mungkin kurang dari 4 minggu sbb ye lah, subjek lain pon kene study jugak kan. Sekarang ni dak 2nd week dah. Ade lagi 10 minggu untuk semua ni. Oh ya, kat Australia ni, satu semester dia hanyalah 12 minggu. Hohoho

Yang membuatkan aku minat nak ambik subjek ni adalah sebab dia adalah subjek matematik. Subjek ni ajar bukan matematik semata-mata. Kiranya subjek ni lebih kurang subjek Industrial Engineering jugak la lebih kurang. Kene pegi site, pastu analyze problem semua dan solve (untuk this semester la-previuos semester kene belajar optimization biasa je la. Linear programming, non linear semua tu.). Kami jugak kene wat programming untuk projek yang akan kami pilih nanti. Kami akan guna Xpress-MP, aku tak pernah guna software ni, Tapi mungkin macam sume software untuk programming lain kot mcm C#, C++, MATLAB, Pari GP, VB.Net kot. Ntah la.. Tak sure. Tapi bukan software untuk web programming la. Hehehe..

Oh ye. Ranking aku jatuh lagi kali ni. Jatuh ke page 11 la pulak. Aku xde mase la pulak nak optimize sekarang ni. Baik aku wat projek aku yang perlu disiapkan tu. Alahai, duit pon tak masuk lagi. Bila la nak masuk agaknya.

Oh, kalau korang nak tau lebih lanjut tentang operation research, pegi ke website ni wikipedia

Blog Widget by LinkWithin

Incoming search terms: