#15- Entry Emo Pertama

Harini 17/10/2009 ada la sorang blogger yang ber”topengkan” nama akublogger telah komen kat shoutbox aku. Ikuti komen yang diberikan (baca dari bawah keatas):

komen



Walaupon dia tidak meninggalkan sebarang link, tapi aku dapat detect dia kerana ada footprint IP address yang dia tinggalkan.. Sebagai bukti, ni buktinya supaya sape-sape yang baca entry ini dilengkapi dengan bukti tanpa tuduhan melulu tanpa usul periksa seperti akublogger diatas…

1

Waktu Malaysia

Waktu Australia

Waktu Australia

Matching IP address dan masa jugak matching.. BTW, gambar disebelah bawah adalah dalam waktu Australia dimana beza dia +3 jam dari waktu Malaysia dan gambar disebelah atas pula adalah waktu Malaysia..

Setelah disiasat, aku jumpa la blog akublogger tu.. Dia merupakan seorang ustaz j-qaf.. ya, ustaz lagi tu..

3

Aku agak terkilan dengan komen dia sebab menuduh aku tanpa usul periksa… Boleh tgk ape yang aku highlight merah kat komen dia tu.. Walaupon aku jarang update sangat blog ini, itu adalah hak aku.. dan bukannya aku menyusahkan dia pon. Ye lah, aku ni student lagi, bukan nye ade mase sangat nak update blog hari-hari. Aku pon kene jugak cari idea nak tulis ape kat blog ni. dan juga, aku ni baru start blogging bulan July. Akhir bulan July. macam mana nak expect jumlah posting sampai 500? WTF!!

Aku jugak agak terkilan sebab dia tak tinggalkan link balik untuk aku explain kat dia.. Nasib baik la aku dapat trace dia punya location. Dapat la jumpe blog dia.. Takut ke ape? Berani kerana benar la ustaz.. Kenape tak berani tinggalkan link untuk saya beri penjelasan? Pengecut..

Kat blog dia jugak ade suruh tinggalkan mesej walau 1 ayat. So, ape yang aku buat aku rasa tak salah.

4

Lagi perasaan terkilan aku ni adalah apabila dia tuduh aku jana pendapatan dengan google adsense walaupun satu haram jadah advertisement pon tak ade dalam blog ini.. Tak pernah-pernah aku promote barang atau ade iklan dalam blog aku ni, dan dia yang bergelar ustaz tu tuduh aku tanpa usul periksa.. Come on ustaz akublogger, be a realistic man. Don’t be stupid!!

Dan pasal link ke bloggers, harini aku ada post pasal nak tukar-tukar link kat blog aku. Dan dia cakap aku linkkan kat satu bloggers je.. nampak sangat dia tak browse through blog ni.. Kepada Ustaz akublogger, sila scroll down bawah sikit.. nampak lah link bloggers lain yang sebelum ini bertukar-tukar link dengan aku.. Ustaz ape macam tu? Maaf, aku agak emo dengan komen dia yang tuduh tanpa usul periksa.. Seboleh bolehnye aku taknak mempertikaikan kredibiliti dia sebagai ustaz, tapi tuduhan melulu tanpa usul periksa terus membuatkan aku hilang hormat kepadanya..

Pasal tujuan blogging pulak.. blogging ni tujuan dia bergantung pada individu tu sendiri ustaz akublogger.. ade yang blogging for money.. ade yang blogging untuk satisfaction diri.. ada yang blogging sebab politik.. ade yang blogging sebab minat.. dan sebagainya.. tak percaya, try tekan sini “make money blogging” .. boleh tengok kat situ berapa juta result yang keluar dengan kata kunci tu.. maknanya blogging pon tujuan dia adalah untuk jana pendapatan.. jangan la jadi katak bawah tempurung sangat ustaz akublogger..Tolonglah..

Incoming search terms:

#14 – Marilah Bertukar-tukar link dengan saya

LinkExchange Fakhri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti tajuk kat atas tu, saya nak bertukar2 link dengan sahabat-sahabat blogger sekalian. So, pada sape-sape yang sudi nak bertukar2 link dengan saya, boleh la ke bahagian link exchange. Syaratnya adalah:

Anda letakkan link saya dulu kat bahagian blogroll anda dan selepas itu, pergi ke sini isi bahagian yang patut diisi.

Moh la kite tukau link same-same yer..

Incoming search terms:

#12- Lelaki bergaya guna duit mak bapak atau selekeh tapi guna duit sendiri- Mana lebih Cool?

Cool Tak saya?

Assalamualaikum dan hello.. Agak lame jugak aku tak menulis blog ni selepas aku membuat post mendapat duit online dari adsense dan Open house haritu. Dan aku juga mintak maaf sebab aku tak dapat nk post lagi macam mana nak menjana wang dengan adsense seperti permintaan ramai sebab sekarang ni aku dah at the end of semester.. So, banyak due date yang kene didahulukan. Dan selepas itu aku ada exam pulak.. So, mungkin lambat sikit la kot.. Sorry ok.. bukan tak nak buat, tapi aku taknak buat cincai-cincai.. Aku nk korang-korang semua yang membaca blog aku ni, mendapat info yang lebih tepat dan padat..

Ok, berbalik kepada tajuk. Ape yang korang rase option yang lebih COOL? Bagi aku, yang seorang lelaki ni, aku pilih yang kedua tu.. Selekeh tapi guna duit sendiri. Walaupon sekarang ini sesetengah (I repeat, sesetengah) wanita yang menilai penampilan lelaki dari segi penampilan luarannya dan memilih teman berpasangan dengan cara itu, tapi aku lebih COOL jika aku menggunakan duit sendiri untuk mengorat awek atau mengayat awek.

Aku fikir, lelaki yang guna duit mak bapak untuk menunjuk-nunjukkan kemewahan diorang tu amatlah tak COOL lansung kerana seperti kata ayat yang aku cipta sendiri “Bajet COOL, tapi guna duit mak bapak, Tak COOL abes”. Hahaha.. betulkah itu? Abaikan, pokoknya adalah guna duit mak bapak untuk bergaya memikat awek adalah tidak COOL lansung bagi aku. Tak tau lah bagi pembaca blog ni macam mana. Boleh kemukakan pendapat anda diruangan komen dibawah.

Owh, entry ini juga ditujukan kepada golongan yang berupaya sahaja. Iaitu, cukup sifat, sihat tubuh badan, dan sudah dapat berfikir dengan separuh matang.

Ape korang pikir? Adakah anda merasakan diri anda COOL?

Incoming search terms:

#11 – Open House, Duit Raya dan Duit Google $829

Agak lama aku tak tulis blog ini. Bukan kerana malas, tetapi masa yang tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian. Hari raya aritu, aku ade buat open house sikit kat bumi Australia ni, sambut bersama rakan-rakan yang tak balik beraya di Malaysia. Macam-macam jugak aku dan budak-budak umah aku masak. Kami masak sate, kuah kacang, nasi impit, pulut kuning, kari ayam, daging masak merah. Pencuci mulut lak, kami ade agar-agar, muffin dan air orange mango. Banyak jugak sate yang kami buat. Dalam 1000 cucuk sate semuanya. Dan yang paling menggembirakan adalah semua 1000 cucuk tu abes!! Yeah..

Sate Fakhri

Sate Lagi

Antara Makanan Yang Kami sediakan

Sebelum Menjadi Sate

Bahan Perap

Duit raya aku tahun ni adalah kosong.. xdapat duit raya.. tapi dua hari lepas aku dapat berita gembira bahawa duit google adsense untuk bulan lepas dah pon dimasukkan ke dalam akaun aku.. Alhamdulillah.. kiranya ini duit raya dari google la kira nya.. heehehe..

Klik Untuk Besarkan

Klik Untuk Besarkan

Blog Widget by LinkWithin

Incoming search terms: