#34 – Takziah Buat keluarga adik Aminulrasyid Amzah

Baru-baru ini, kita sekali lagi digemparkan dengan kekejaman polis yang telah mengakibatkan kematian seorang remaja berusia 15 tahun.

Di sini, saya secara terbuka mengucapkan takziah buat keluarga Adik Aminulrasyid Amzah. Allahyarham Aminulrasyid Amzah, pelajar berusia 15 tahun yang terbunuh ditembak polis pada pagi 26.04.2010. Diharapkan semua dapat sedekahkan Al-Fatihah buat Adik Aminulrasyid Amzah.

Al-Fatihah buat Allahyarham

Dalam pada itu, berpuluh-puluh page facebook membantah kekejaman polis terhadap adik Aminul Rashid Amzah. Selain itu juga, beratus-ratus para bloggers Malaysia telah menghentam dan mengucapkan simpati atas kejadian ini.

Sekali lagi, takziah saya ucapkan buat keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah

Incoming search terms:

#30 – Theme baru yang simple

Assalamualaikum wbt. Sudah lama aku tak update blog ini. Bukan kerana malas nak upddate tetapi
masa yang free digunakan untuk perkara-perkara yang agak penting sedikit. Banyak assignment yang
perlu disiapkan dalam minggu ni dan next week. Mungkin selepas itu ade rehat-rehat sikit dan akan
aku teruskan dengan projek terbaru aku untuk buat duit secara online. Akan aku ceritakannya nanti
bila aku sudah berjaya dan kita sama-sama buat duit sampingan untuk membeli keperluan harian.

Banyak checklist yang aku tak selesaikan lagi sebenarnye, tapi akan aku cuba untuk menyelesaikan
checklist tu semua.

Sekian dulu buat masa ini.

Wassalam

#28 – Menjadikan Diri sebagai yang terbaik

Post tiada kaitan dengan title
Masalah

Nampaknya agak lama aku tak menulis kat sini. Bukan aku tak nak menulis, bukan aku tak ade idea nak menulis tetapi masa memang sangat mencemburui aku yang baik hati ini. Hampir 2 minggu dah aku dah start kelas dan kelas taka de lah sangat sibuk tetapi, banyak masalah yang menimpa-nimpa setakat ni. Hosting aku yang aku host domain ni, aritu tiba-tiba kene suspended sebab detected ade phishing code dalam host aku ni. So, aku settle kan pulak mende alah tu. Dah ambik mase dalam 3 hari jugak nak berbalas-balas email dengan support. Lepas semua selesai, baru la aku lega.

Lepas masalah ni selesai, ade pulak masalah lain yang timbul. Kali ni pulak software rahsia aku buat hal la pulak. Tergendala pulak proses menambah backlink aku untuk projek aku tu. Sedang berbalas-balas email dengan support pasal software rahsia ni, hosting untuk projek aku pulak buat masalah dan sampai sekarang lagi masalah tak selesai. Selesai la satu domain, ade lagi 19 domains yang tak leh nak access. So, sekarang masih lagi dalam proses surat menyurat lagi la dengan support sekarang ni. Kalau tak setel jugak, mungkin aku akan tukar host lak lepas ni. Hehehe.. takpe, semua files aku dah buat backup semua dah. Dalam 3Gigagbytes jugak kot total files semua 20 domains aku tuh. Campur dengan MySQL lagi semuanya.

Pasal software rahsia tu, support cakap mungkin ade masalah aku punya modem/router berdasarkan track record previous customer punya problem yang sama masalah dengan aku. Masalah-masalah.

Kerja sekolah pond ah semakin bertambah sekarang ni. Ish ish ish..

Incoming search terms:

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Ok. Disebabkan aku tak tahu nak buat ape, so aku saje2 lah join kontes hidup berani untuk gagal yang dianjurkan oleh denaihati ni. Boleh tengok entry ni untuk keterangan lanjut.. Walaupon aku rase kontes ni akan abes dalam next week. Aku mahu jadi peserta terakhir join kontes ni..Hoho

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Hidup Berani Untuk Gagal

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Aku ade satu kisah tentang ayat ini.

…………………………………………….**……………………………………

Ia bermula semasa aku sekolah rendah hinggalah sekarang ni. 10 tahun dahulu, aku darjah 6 kat sekolah kampung- SK FELDA Chalok Barat, Setiu, Terengganu. Aku antara top student jugak la mase kat sekolah rendah dulu, alau tak nombor satu, aku nombor dua dalam kelas dulu dan dikategorikan antara student yang akan dapat 5A dalam UPSR nanti.. Tapi, langit tidak selalunya cerah orang kate. Mase ambik result, aku hanya dapat 3A 2B. So, bermulalah epic kegagalan dalam hidup aku mase tu. So, dengan 3A mase tu, aku tak dapat masuk sekolah menengah asrama penuh. Nak masuk sekolah yang elite sikit pon xdapat jugak. Kawan-kawan semua dah dapat tawaran sekolah yang boleh dikatakan best2 jugak la. Tapi aku masih xdapat ape-ape tawaran sekolah.

Disebabkan xdapat ape-ape tawaran, aku pon memberanikan diri untuk pergi ke sekolah yang kawan-kawan aku tak pergi. Aku pegi sekolah kat daerah yang lain dari daerah tempat tinggal aku. Republik Idris Jusoh, Besut. So, aku sekolah la kat sane sorang-sorang tanpa rakan-rakan mase sekolah rendah dulu. Kat sane aku dok asrama. Awal-awal mmg susah jugak nk berkawan sebab semua ade geng masing-masing kan. Tapi lame-lame, ade la kawan. Hohoho..

Dan mase berlalu selama 3 tahun..

Tahun ni aku PMR dan disebabkan kegagalan aku yang lepas mase UPSR dulu, aku nekad untuk fokus memberanikan diri belajar dan hasil usaha aku tak sia-sia. Disebabkan kegagalan aku yang lepas mase UPSR yang menjadi pendorong kpd aku, keberanian untuk sekolah jauh dari family, tanpa kawan mula-mula, pengorbanan aku tak sia-sia. Aku dapat 8A mase PMR..

Jeng Jeng Jeng.. Lepas tu aku pindah sekolah lagi ke MRSM. Disebabkan aku lalai mase form 4, aku sekali lagi menambah pingat kegagalan dalam hidupku. Aku gagal subjek Add Math, dan Matematik adalah satu-satunya subjek yang PALING aku minat. Dan disebabkan aku Gagal subjek tu, aku didenda oleh cikgu lari keliling padang kecik depan bangunan sekolah aku kat MRSM dulu.Haha.. kenangan..

Disebabkan kegagalan itu, aku sekali lagi berani, berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak gagal lagi. Dan seperti yang dijangka. Aku sudah tidak gagal dan dari gagal, terus aku dapat A subjek Add Math mase exam kali kedua. YES!! (impressive)
Dan pada 17hb yang lepas, aku telah dapat segulung ijazah di dalam major Matematik yang aku pernah gagal dahulu. Ijazah ini adalah hasil daripada kegagalan dan keberanian aku yang lepas-lepas dan aku bersyukur sebab kegagalan aku menjadikan aku pada hari ini.
Dalam jangka masa tersebut, masih banyak kegagalan yang aku tak ceritakan, tapi yang aku ceritakan diatas adalah turning point aku keatas kegagalan yang dilakukan.

…………………………………………….**……………………………………

Kontes ini ditaja oleh DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare

Aku tau contest ini dari Melayubolehzone.co.cc

…………………………………………….**……………………………………

Kejayaan Hari ini bukanlah penamat bagi kegagalan aku pada masa depan. Masih banyak lagi kegagalan dan kejayaan yang akan dan perlu aku tempuhi dengan berani pada masa depan.
Jadi kepada sesiapa, HIDUPLAH DENGAN BERANI UNTUK MENEMPUHI KEGAGAGALAN kerana kegagalan hari ini bukan bermakna kegagalan untuk esok hari.

Blog Widget by LinkWithin

Incoming search terms: