It is Graduation Mate!!

Tanggal 17 disember 2009, aku telah Berjaya menamatkan degree aku.. Aku tak tau nak tulis ape2.. Layan je la gambar grad aku baru-baru ni.. Layannn!! Zaaasss..

The Degree

The Degree

:D

:D

Depan My building

Depan My building

Dengan Arep

Dengan Arep

Dengan Keyo

Dengan Keyo

Dengan Zahidi

Dengan Zahidi

:)

:)

With Serene

With Serene

PS: Ade orang tanya aku bagaimana nk trace ip address yang komen kat chatbox kita.. Next post aku akan bg tau macam mane nak trace.

Incoming search terms:

3 Dalil Kenapa Saya Tidak Update Blog selama sebulan

Dalil Blog

Assalamualaikum wbt. Dikesempatan ini saya memohon kemaafan kepada semua kerana sebulan yang lepas saya tidak dapat mengemaskini blog ini atas beberapa sebab.

1) Sebulan yang lepas saya menempuhi final semester exam dan menumpukan sepenuh perhatian saya kepada exam tersebut
2) Selepas daripada exam, saya asyik terfikir-fikir tentang keputusan yang bakal saya perolehi kerana saya tidak dapat menjawab sebilangan besar daripada soalan untuk satu paper itu. Disebabkan ini adalah final semester, jika saya gagal, maknanya saya akan repeat lagi untuk satu semester dan ini yang saya tidak mahu. Penat dan saya mahu graduate!!
3) Semalam result yang saya tunggu2, yang saya risau-risau, yang saya fikir-fikir, yang saya takut-takut tu telah keluar. Alhamdulillah, tak ada paper yang kantoi. Alhamdulillah.. syukur.. Dan saya akan graduate 17 hb ni.. yahoo.. best2..

Kerana sebab-sebab ini saya tidak dapat mengemaskini blog ini. Ye lah, baru je saya nak update, idea lari terkenangkan paper yang saya jawab tu, fail ke, lulus ke.. semua kerja tidak menjadi.
So, saya harap, kepada sesiapa yang masih menunggu result final semester akan mendapat keputusan yang elok.

Oh ya.. saya sudah upgrade laptop saya kepada Windows 7. Dan saya sangat sangat sangat berpuas hati dengan performance Windows 7 jika dibandingkan dengan Windows Vista. Boot laju, bukak application laju, semua laju lah. So, saya cadangkan siapa-siapa yang pakai Windows Vista lagi tu, cepat-cepat la tukar kepada windows 7. Berbaloi-baloi.. Hohoho

Wassalam

Incoming search terms:

#16-Bagaimana Menjana Wang Dengan Google Adsense [Part 1]

Buat-Cari-Duit-google-adsense

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Setelah entry emo yang lepas, aku terus tak ade idea nak tulis ape. Ok lah, harini aku free sikit, so aku kongsikan pengetahuan aku tentang Google Adsense.

Google adsense ni adalah satu program untuk kita menjana wang melalui internet. So, kepada siapa-siapa yang belum register lagi, ikut sedikit tips dari saya:



  • Sebelum register, perlulah diingat anda perlulah mempunya satu website yang mempunyai pelawat ke website/blog anda. Seboleh-bolehnya website/blog berbahasa inggeris yang mempunya artikel original. Jangan copy dan paste saja artikel dari laman web orang lain kerana mungkin kebarangkalian application anda untuk mendapatkan akaun google adsense tidak akan diterima.

  • Pastikan Website/blog itu mempunyai sekurang-kurang nya 5 artikel yang di publish selang 2 hari selama 10 hari.

  • Pastikan website/blog itu mempunya gambar header yang menarik dan related dengan artikel yang kita tulis tu. Contohnya, website kita berkenaan kereta, gambar header perlulah berkenaan kereta dan bukan berkenaan bunga.

  • Pastikan di bahagian blogroll website/blog anda itu mempunyai link kepada related authority website. Contoh, kalau website pasal kereta, di bahagian blogroll tu, adekanlah satu dua link ke website-website kereta yang terkenal macam Honda.com, mazda.com ke .. Asalkan website itu nampak berkualiti.

  • Pastikan pada setiap post/artikel tu, ade gambar yang berkaitan. Macam website ni, aku ada gambar bagi setiap post sebab nampak lebih menarik.



Jika anda sudah buat semua ini, anda bolehlah apply akaun google Adsense anda disini: Daftar Akaun

Diharap, post kali ini membantu sape-sape yang masih blur pasal Google Adsense ni. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Adsense, boleh lawati laman web Adsense Help Center disini

PS: Boleh juga daftar dengan website bahasa melayu, tetapi aku tak jamin application anda akan diterima (pilih option website language bahasa Indonesia)

Incoming search terms:

#14 – Marilah Bertukar-tukar link dengan saya

LinkExchange Fakhri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti tajuk kat atas tu, saya nak bertukar2 link dengan sahabat-sahabat blogger sekalian. So, pada sape-sape yang sudi nak bertukar2 link dengan saya, boleh la ke bahagian link exchange. Syaratnya adalah:

Anda letakkan link saya dulu kat bahagian blogroll anda dan selepas itu, pergi ke sini isi bahagian yang patut diisi.

Moh la kite tukau link same-same yer..

Blog Widget by LinkWithin

Incoming search terms: