HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

by Fakhri on December 25, 2009

in Contest, Featured, Personal, SEO, Study

Ok. Disebabkan aku tak tahu nak buat ape, so aku saje2 lah join kontes hidup berani untuk gagal yang dianjurkan oleh denaihati ni. Boleh tengok entry ni untuk keterangan lanjut.. Walaupon aku rase kontes ni akan abes dalam next week. Aku mahu jadi peserta terakhir join kontes ni..Hoho

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Hidup Berani Untuk Gagal

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Aku ade satu kisah tentang ayat ini.

…………………………………………….**……………………………………

Ia bermula semasa aku sekolah rendah hinggalah sekarang ni. 10 tahun dahulu, aku darjah 6 kat sekolah kampung- SK FELDA Chalok Barat, Setiu, Terengganu. Aku antara top student jugak la mase kat sekolah rendah dulu, alau tak nombor satu, aku nombor dua dalam kelas dulu dan dikategorikan antara student yang akan dapat 5A dalam UPSR nanti.. Tapi, langit tidak selalunya cerah orang kate. Mase ambik result, aku hanya dapat 3A 2B. So, bermulalah epic kegagalan dalam hidup aku mase tu. So, dengan 3A mase tu, aku tak dapat masuk sekolah menengah asrama penuh. Nak masuk sekolah yang elite sikit pon xdapat jugak. Kawan-kawan semua dah dapat tawaran sekolah yang boleh dikatakan best2 jugak la. Tapi aku masih xdapat ape-ape tawaran sekolah.

Disebabkan xdapat ape-ape tawaran, aku pon memberanikan diri untuk pergi ke sekolah yang kawan-kawan aku tak pergi. Aku pegi sekolah kat daerah yang lain dari daerah tempat tinggal aku. Republik Idris Jusoh, Besut. So, aku sekolah la kat sane sorang-sorang tanpa rakan-rakan mase sekolah rendah dulu. Kat sane aku dok asrama. Awal-awal mmg susah jugak nk berkawan sebab semua ade geng masing-masing kan. Tapi lame-lame, ade la kawan. Hohoho..

Dan mase berlalu selama 3 tahun..

Tahun ni aku PMR dan disebabkan kegagalan aku yang lepas mase UPSR dulu, aku nekad untuk fokus memberanikan diri belajar dan hasil usaha aku tak sia-sia. Disebabkan kegagalan aku yang lepas mase UPSR yang menjadi pendorong kpd aku, keberanian untuk sekolah jauh dari family, tanpa kawan mula-mula, pengorbanan aku tak sia-sia. Aku dapat 8A mase PMR..

Jeng Jeng Jeng.. Lepas tu aku pindah sekolah lagi ke MRSM. Disebabkan aku lalai mase form 4, aku sekali lagi menambah pingat kegagalan dalam hidupku. Aku gagal subjek Add Math, dan Matematik adalah satu-satunya subjek yang PALING aku minat. Dan disebabkan aku Gagal subjek tu, aku didenda oleh cikgu lari keliling padang kecik depan bangunan sekolah aku kat MRSM dulu.Haha.. kenangan..

Disebabkan kegagalan itu, aku sekali lagi berani, berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak gagal lagi. Dan seperti yang dijangka. Aku sudah tidak gagal dan dari gagal, terus aku dapat A subjek Add Math mase exam kali kedua. YES!! (impressive)
Dan pada 17hb yang lepas, aku telah dapat segulung ijazah di dalam major Matematik yang aku pernah gagal dahulu. Ijazah ini adalah hasil daripada kegagalan dan keberanian aku yang lepas-lepas dan aku bersyukur sebab kegagalan aku menjadikan aku pada hari ini.
Dalam jangka masa tersebut, masih banyak kegagalan yang aku tak ceritakan, tapi yang aku ceritakan diatas adalah turning point aku keatas kegagalan yang dilakukan.

…………………………………………….**……………………………………

Kontes ini ditaja oleh DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare

Aku tau contest ini dari Melayubolehzone.co.cc

…………………………………………….**……………………………………

Kejayaan Hari ini bukanlah penamat bagi kegagalan aku pada masa depan. Masih banyak lagi kegagalan dan kejayaan yang akan dan perlu aku tempuhi dengan berani pada masa depan.
Jadi kepada sesiapa, HIDUPLAH DENGAN BERANI UNTUK MENEMPUHI KEGAGAGALAN kerana kegagalan hari ini bukan bermakna kegagalan untuk esok hari.

Blog Widget by LinkWithin
Subscribe to FakhriRamley.Com Newsletter
Masukkan nama dan email anda untuk mendapatkan tips/update percuma daripada saya.
Nama:
Email:
 
 

Email anda dijamin 100% selamat kerana saya juga benci SPAM.

Powered by Optin Form Adder

Related posts:

  1. Aku Pemenang pertama HIDUP BERANI UNTUK GAGAL SEO contest
  2. Keputusan terkini HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
  3. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL : Penutup
  4. Hidup Berani Untuk Gagal dan Anugerah Juara Lagu
  5. #8 – [Update 1] Projek Cuti Sekolah

{ 1 trackback }

Senarai Peserta Contest Hidup Berani Untuk Gagal | Denaihati
January 13, 2010 at 2:40 am

{ 4 comments… read them below or add one }

Hidup Berani Gagal December 26, 2009 at 4:49 am

Wah bro..
akhirnya join juga yer..
kan dh ckp, terus masuk page 3.. nnti masuk page 1 lak tu..
thanks jadikan aku sbg referral.. hehe

Reply

KMZack December 26, 2009 at 8:40 am

Yes hidup kena berani untuk gagal. baru mantapp caya loh bro

Reply

Hidup Berani Gagal December 26, 2009 at 1:31 pm

Haa.. kan senang tu ko letak subcribe komen.. dpt gak aku tau dr email..hehe..

Reply

zuwairiaiman December 28, 2009 at 7:22 am

bermakna betol posting ni..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: