#34 – Takziah Buat keluarga adik Aminulrasyid Amzah

Baru-baru ini, kita sekali lagi digemparkan dengan kekejaman polis yang telah mengakibatkan kematian seorang remaja berusia 15 tahun.

Di sini, saya secara terbuka mengucapkan takziah buat keluarga Adik Aminulrasyid Amzah. Allahyarham Aminulrasyid Amzah, pelajar berusia 15 tahun yang terbunuh ditembak polis pada pagi 26.04.2010. Diharapkan semua dapat sedekahkan Al-Fatihah buat Adik Aminulrasyid Amzah.

Al-Fatihah buat Allahyarham

Dalam pada itu, berpuluh-puluh page facebook membantah kekejaman polis terhadap adik Aminul Rashid Amzah. Selain itu juga, beratus-ratus para bloggers Malaysia telah menghentam dan mengucapkan simpati atas kejadian ini.

Sekali lagi, takziah saya ucapkan buat keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah

Blog Widget by LinkWithin

Incoming search terms:

Related posts:

  1. #37- Lagi buat duit online dengan blog $100 dalam masa 3 hari
  2. 3 Dalil Kenapa Saya Tidak Update Blog selama sebulan
  3. #14 – Marilah Bertukar-tukar link dengan saya
  4. #36 – Hasil buat duit Online dengan blog
  5. #13 – SEO-fakhri, Projek cuti sekolah dan Misi Alexa

35 thoughts on “#34 – Takziah Buat keluarga adik Aminulrasyid Amzah

  1. Mak akak anti polis sebab arwah bapa akak dulu selalu kena belasah dgn geng2 polis kalau mereka lawan bola sepak sampai berwasiat, anak2 jgn jadi polis atau kahwin dgn polis.
    Tapi tak semua berperangai buruk cuma dlm kes adik ni mungkin ada salah faham mana2 pihak.

  2. Saya tak bersetuju kalau semua menghentam pihak polis.
    jika anda di situasi pihak polis berkenaan, mereka menjalankan tugas mereka. mana mungkin mereka tahu di dalam kenderaan tersebut adalah seorang pelajar? Pelajar ini dikatakan mahu melarikan diri dan membahayakan nyawa orang lain, jadi polis bertindak dengan pantas menghalang kejadian daripada menjadi semakin buruk..bayangkan kalau pelajar ini terlepas, dia pandu sesuka hati dan melanggar pengguna jalan raya yang lain? KALAU lah ini yang terjadi, pihak polis juga yang akan disalahkan lagi.. akan dipersalahkan kerana tidak bertindak pantas..

    jadi mana keadilan untuk pihak polis? jangan kita tunding jari sebelah pihak.. pelajar itu pun tidak sepatutnya memandu betul tak? usia baru 15, mana layak dapat lesen memandu.. tengah malam pukul 2 pula tu.. kalau tidak bersalah, kenapa melarikan diri? jika setakat takut dimarah kerana memandu di bawah umur, tidak akan sampai nak lari kan?

    ini pandangan jujur dari saya. kalaulah pemandu itu seorang penjenayah yang amat dikehendaki polis, bukankah itu tandanya pihak polis memang menjalankan tugas jika dia ditembak? lagi bagus kan? tapi kerana ini seorang pelajar, jadi kecoh satu nation..kesian sy dengan force department.. lihatlah dengan hati, fikirlah dengan kewarasan.. sorry ye saudara, sy tak bersependapat dengan saudara dalam hal ini..

    • Saya terima pandangan saudari Ahmoi.
      Tapi, adakah pihak polis ikut prosedur yang ditetapkan?
      ni kene ambil kira juga sebelum melepaskan tembakan ape..

      Bayangkan kalau ahli keluarga Ahmoi juga yang terlibat dalam hal ni, ape perasaan Ahmoi.

      Tapi, xpe itu pandangan Ahmoi. Setiap orang ada pandangan masing-masing

    • ahmoi pernah tgk youtube x..ahmoi tgk la polis barat..klau ada pnjenayah yang melarikan diri menggunakan kereta,dorg ada tembak wlaupon pnjenayah 2 berbahaya??dorg kejar abis abisan..x ckop dgn kereta peronda,heli di gunakan utk mengesan suspek..tp untuk melepaskan tembakan jauh skali..pkirkan la..adik aminulrasyid 2 x de pon mgacukan snjata pada POLIS 2..tp polis yg tmbak dia..pkirkan lah..saya bukan nk salahkan mne2 pihak,tp sy nk keadilan di tegakkan..

      • en ahpek pernah pernah pergi luar negara ker?? tgk mcm mana polis barat menjalankan tugas..??? jgn hanya dengan youtube..tak cukup…ada yg menggunakan senjata..kita je xnampak.. dlam situasi adik aminulrasyid ni mcm tu jgk..kes terpencil..

        saya pun nak tegak kan keadilan..tetapi dengan cara yg betul..bukan menghentam 100% kepada polis..

        rumah cik ahpek kena pecah..motor hilang..sedara mara meninggal..POLIS jugk korang mengadu..

    • Haaaa….
      Ish ish ish ish.. kecoh 1Malaysia rasenye pasal ni.
      Try bukak balik berita harian ke, malaysia kini ke.. mesti tau cite sebenar..

      • patut la x tau .
        x baca paper lagi hari ni .

        okay dah baca dah paper hari ni .
        mungkin polis tu patut belajar tembak kat tempat yang x membawa maut .
        mungkin ..

  3. setau saya, peraturan pihak polis kalau dalam duty, tidak boleh melepaskan tembakan sesuka hati kalau bukan berada dalam situasi membahayakan nyawa sebab tindakan yang salah boleh balik semula kepada mereka. jadi dlm kes ini kan, kalau dibaca sumber2, polis bertindak atas dasar menjaga keselamatan semua pihak..

    sy pun tidak minta ahli keluarga sy kena. tapi kalau prosedur yang betul dijalankan dan ternyata memang satu pihak didapati bersalah, kita terima.. sekarang kita tunggulah apa kesudahan nya.. sekarang kita jangan dengar sebelah pihak saja, menjatuhkan hukuman yang belum tentu kesalahan itu sahih.. kan awak?

    • betul tu ahmoi, logically, kalau 7 das tembakan dilepaskan (if I did not misread what’s written in the newspaper) ke arah kereta (or pemandu), tak ke namanya polis2 tu dah pun menjatuhkan hukuman terhadap pemandu yang mereka sendiri tidak pasti penjenayah atau bukan??? polis sepatutnya lebih tenang dalam menangani situasi begini..lebih2 lagi bila membabitkan nyawa manusia lain..kalau ya pun arwah bersalah sebab memandu melulu, tayar kereta ada dua kat belakang, kenapa tak tembak je tayar tu, kenapa mesti tembak body kereta, yang sah-sah salah satu bullet akan mencederakan/membunuh orang di dalam kereta???? fikir2 kan lah!!!

      • btul 2.. sy sokong 100 % kate2 del.dahlia 2… sy pun pelik knpe polis x tembak tayar kete 2 jek?? lg selamat, budak 2 pun msti x dpt nk drive dah.. mmg arwah bsalah sbb memndu di bawah umur, tp itu ke hukuman nye?? smpai dibunuh dengan kejam….

  4. salam perkenalan fakri….
    Maaf xberapa tau perkembangan ttg adk amirul. dgr pn kat News TV3 aritue. camne leh tertembak yek!!!jrg tgk TV, paper.
    aper2 pn harap kes ni dpt diselesaikan segera dan takziah buat keluarga Amirul.
    Al-Fatihah………….

  5. terima kasih melawat blog sya

    sya sama seperti ahmoi
    tidak setuju dengan blogger2 yg menghentam polis semata mata

    kita tunggu saja siastan,

    bila jadi begini. semua orang salahkan polis

    eloklah perkataan KEJAM
    itu di ganti dengan CUAI

    tak mahu mengulas banyak, kerana kita tidak tahu , dan tidak berada ditempat mereka
    kalau benar maka benarlah ia, kalau dusta
    hanya Allah yg membalasnya
    Wallahu’alam..
    Al Fatihah…

  6. assalammualaikom….

    memang kejam…polis sekarang banyak yang muda dan ikut perasaan… takdapat menilai situasi dan mungkin juga terlalu ghairah hendak menggunakan senjata atau terpengaruh dengan filem2 hollywood. nak jadi hiro la katakan…. tapi apapun kita tak boleh nak cop semua polis sama…bukan senang jadi penegak keadilan nie…kalau lah polis yang ditembak kita akan kata itu ajalnya dan kalau sebaliknya kita kata kejam………… apapun kita kena tunggu hingga siasatan selesai baru kita tahu cerita sebenar… jangan kita juga jadi kejam denggan menghentam ikut sedap hati…. takziah kepada keluarga mangsa diharap dapat menerima takdir ini sebagai satu rahmat yang mungkin kita tidak tahu dikemudian hari kerana Allah tidak Zalim…..ingatlah kita pun mungkin ada silapnya kerana membenarkan atau lalai dalam mengawal anak2 dari memandu kenderaan tampa lesen… hanya pandangan peribadi dan mungkin jika saya di tempat keluarga mangsa saya akan lebih emosi…takziah…….

  7. Salam ziarah,

    Sedey kan kisah ni. Dulu2 emak ayah akan panggil anak2 balik before azan mugrib. Zaman dah berubah. Now lepas isya, anak2 kuar main futsal, main bola sepak, badminton ka apa ka. Then, lepak2 minum dgn kawan2 kat kedai mamak yg open 24 hrs tu.

    Mama selalu pesan pd anak2 lepas aktiviti sekolah / Tusiyen malam mesti terus balik umah. Jgn singgah mana2. Setiap kali kuar umah baca doa pelindung, baca bismillah, 3 Qul, ayatulkursi dll, kalu buleh nak suh depa wirid sepanjang jln..(masa kecik2 dulu bila kejar di anjing masa naik basikal tak putus2 mama baca ayat quran /alqursi…heee), kejar dik orang gila pun lari lintang pukang baca ayatulqursi. Dlm bas nak gi kerja mama terduduk sebelah org gila sex, kaki raba , pun sempat mama baca ayatulqursi hembus kat dia supaya main jauh2…

    Zaman ni macam2 insiden. Whatever happen, Al Fatihah semoga anakanda Aminulrasyid aman bersemadi bersama org2 solleh di syurga Firdausi. Al Fatihah dan salam sayang utk semua. Bagi kita yg akan menyusul kemudian semoga pergi jua dgn iman dan amal.

  8. Salam takziah untuk keluarga mangsa, Al-Fatihah semoga roh arwah bersama org beriman.Saya bukan nak menyokong mana-mana pihak cuma kita kena rational jgn cepat menuding jari, senang untuk kita bercakap tapi berat bagi org yang mengalami semua ini terutama keluarga arwah dan juga tak mudah untuk menjadi anggota polis.!!

  9. btul 2.. sy sokong 100 % kate2 del.dahlia 2… sy pun pelik knpe polis x tembak tayar kete 2 jek?? lg selamat, budak 2 pun msti x dpt nk drive dah.. mmg arwah bsalah sbb memndu di bawah umur, tp itu ke hukuman nye?? smpai dibunuh dengan kejam….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>