#2: Misi Pertama – SEO dan Fakhri (part 1)

by Fakhri on July 22, 2009

in Featured, SEO

seo dan fakhri

Misi pertama sebelum blog ini diwujudkan adalah untuk meletakkan blog ini berada dalam senarai top 10 di dalam Search Engine Google.com dengan kata kunci fakhri. Beberapa kaedah basic SEO telah aku buat semasa blog ini berada dalam keadaan akan datang mode. Aku telah membuat satu link co-op dari semua blog-blog aku yang lain dan hasilnya, sekarang sudah berada pada page 3 (ranking yang ke 25 dengan keyword fakhri) dan sebelum ini blog ini berada dalam kedudukan 200++. Tujuan aku menggunakan keyword itu adalah itu adalah nama aku, jadi bila orang search di google nama aku, blog aku yang akan muncul. Hehehe. Tak ke glamour aku nanti..

Aku mengenali SEO sejak bulan November 2008. Ia terjadi secara tidak sengaja semasa aku analyze traffic satu blog video aku dan aku kaji struktur link, incoming link dan selepas itu, aku mencuba melakukan satu kajian SEO mengenai penemuan aku. Usaha aku tidak sia-sia kerana aku berjaya mendominasi Google untuk satu keyword yang highly competitive dan aku dapat menjejakkan kaki di page pertama Google dalam masa sebulan untuk keyword tersebut. Ia bertahan selama 6 bulan tanpa sebarang kerja SEO selepas itu dan baru2 ini ia jatuh ke page kedua disebabkan server selalu down dan jarang update kerana menumpukan perhatian pada aktiviti lain. Begitulah sedikit sebanyak mengenai aku dan SEO.

Taktik kedua yang aku gunakan dalam mengejar kedudukan top 10 di Search Engine Google adalah melalui link exchange dengan kawan-kawan blogger. Di sini juga aku ingin mengkaji adakah relevan lagikah link exchange buat masa sekarang kerana ramai berpendapat link exchange sudah tidak ada nilai lagi untuk mendapat kedudukan yang bagus dalam Search Engine Google. Aku akan memberikan keputusan kajian aku pada bahagian akan datang kerana setiap kajian memerlukan sedikit masa.

Taktik ketiga yang aku telah gunakan adalah dengan forum signature. Tetapi harus diingat, taktik ini akan membawa mudarat jika proses link building dibuat terlalu extreme. Ada caranya untuk membuat secara extreme tetapi akan aku terangkan pada masa hadapan tentang Black Hat SEO ini. Itupun kalau aku rajin ingin berkongsi. Kerana SEO jenis ini cepat saturated jika ramai menggunakannya.

Setakat ini, hanya 3 taktik sahaja aku gunakan dalam proses aku mencapai kedudukan top 10 di Search Engine Google dengan keyword fakhri. Jika ada teknik lain yang aku gunakan, akan aku tulis lagi pada masa hadapan.

Blog Widget by LinkWithin
Subscribe to FakhriRamley.Com Newsletter
Masukkan nama dan email anda untuk mendapatkan tips/update percuma daripada saya.
Nama:
Email:
 
 

Email anda dijamin 100% selamat kerana saya juga benci SPAM.

Powered by Optin Form Adder

Related posts:

  1. #13 – SEO-fakhri, Projek cuti sekolah dan Misi Alexa
  2. Aku Pemenang pertama HIDUP BERANI UNTUK GAGAL SEO contest
  3. #29- Update Terkini (Satu)
  4. #1: Kejadian Pertama

{ 5 comments… read them below or add one }

spatt July 25, 2009 at 7:21 pm

otai seo dah bersuara..huhu
eh pasni aku nak conquer keyword ‘amir’ plak la…nape la x terfikir sebelum ni nak marketkan nama sendiri..

Reply

fakhri July 26, 2009 at 4:34 am

Heheh… Tu lah.. yg penting nama sendiri dulu.. hehe.. baru mantap sket..orang search nama, terus kuar page 1..baru nampak credible sket…

Reply

sinyu lalala August 2, 2009 at 11:54 pm

dem!aku x paham ape ko cakap cho.. high tech gile ko. haha!! kacak2.. aku buta it bai..

Reply

Fakhri August 3, 2009 at 12:00 am

Haha..nanti kau paham lah kot..lambat dan kejap je..

Reply

ecards September 5, 2009 at 12:49 pm

betul juga ya! SEO kan nama sendiri.
Kalau cam tu saingan nama saya akan datang dari Indon dan Jepun . Sebab ia bermula dengan S.H.O. :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: