#13 – SEO-fakhri, Projek cuti sekolah dan Misi Alexa

Alhamdulillah kerana masih berpeluang mencoretkan sesuatu kat blog ini. Setelah hampir dua bulan setengah blog ini aktif secara rasminya, banyak perkara yang saya lakukan dan ceritakan di blog ini tetapi tiada penghujungnya.


Pertama sekalinya adalah Misi Pertama sempena kewujudan blog ini dimana saya ingin melakukan proses SEO keatas keyword nama saya sendiri iaitu “fakhri”. Alhamdulillah berjaya juga berada pada ranking di page pertama (Nombor 10) di google.com.my . Ok lah tu memandangkan tulisan ni pon dalam bahasa melayu dan semestinya orang melayu je lah yang paham unless ade orang putih nak baca jugak guna google translator.


Perkara kedua adalah Projek cuti sekolah dimana saya gagal menyiapkan projek2 yang dirancang kerana beberapa masalah seperti ketidak cukupan masa untuk diluangkan depan komputer semasa cuti hari tu. Hari-hari ade open house kat Australia ni selama 2 minggu ni. Memang time cuti aritu boleh dikatan saya tak memasak lansung kat umah. Hari-hari pegi open house dan juga buat open house. Oh ya, projek terakhir bagi projek cuti sekolah tu saja yang tidak sempat disiapkan kerana baru siap account creator saja. Submitter tak berapa nak ade masa nak buat memandangkan lepas saje abes cuti, berderet-deret due date yang nak kene due. Even sekarang pon, saya sebenarnye belum lagi tidor setelah 24jam bersengkang mate untuk siapkan esaimen yang berpaksikan 10% markah. Lepas ni memang layan abes la kalau tido nih..


Perkara terakhir adalah Misi menaikkan ranking alexa. Dan misinya pon sudah pon berjaya dilaksanakan dimana ranking blog ini telah jatuh mendadak dari sejuta hinggalah kepada 750ribu setakat hari ini dan akan turun dan turun lagi selepas ini, InsyaAllah.

Ok, tu saje buat masa ni, next post adalah mungkin pada hari khamis ni dimana saya ade pikirkan satu perkara menarik untuk dikongsikan. Tungguu..

Blog Widget by LinkWithin

Related posts:

  1. #7 – Projek Cuti Sekolah
  2. #8 – [Update 1] Projek Cuti Sekolah
  3. #9 – Misi menaikkan Ranking alexa
  4. #2: Misi Pertama – SEO dan Fakhri (part 1)
  5. #5- Mari melukis Fakhri

Tags: , , , ,

5 Responses to “#13 – SEO-fakhri, Projek cuti sekolah dan Misi Alexa”

  1. kak qaseh Says:

    uiii sanagt sibuk budak sekolah ini….sampai x tidur..
    apepon…kesihatan jangan lupa jaga yerk… :)

  2. spatt Says:

    xde mase tu biase je bro..hehe
    xpe kot kalau tangguh kejap, benda yang penting kena dahulukan.. :D

  3. eldy Says:

    SEO merupakan sesuatu yg mencabar dan sukar .. semoga berjaya bro !! usaha keras tangga kerjaya ~ good luck !

  4. Anyss Says:

    Lerrrr Tuan rumah ni beraya di Australia ruperrr nye. Ingatkan leh la main meriam buluh kat ujung kampung. Apapun, blaja rajin2…balik Malaysia majukan bangsa kita ye :D

  5. megat Says:

    SEO, boleh buat kita geleng kepala. kadang2 rasa macam faham. kadang2 rasa macam tak faham.

    tapi usaha perlu diteruskan ;)

Leave a Reply