#1: Kejadian Pertama

by Fakhri on July 22, 2009

in Featured, Personal

still_newborn_blog

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya, terjadi juga tulisan pertama aku di blog ini. Sebenarnya aku tidak ada idea apakah yang perlu aku tulis dalam blog ini. Dan hari ini aku mengambil keputusan akan menulis lebih kepada kehidupan aku dan serba sedikit tentang peluang menjana pendapatan. Tapi aku rasa, mungkin tentang diri sendiri lebih banyak.

Hah.. Nama domain pon sudah nama sendiri, mestilah menulis tentang diri sendiri. Alamak, sedikit over pula aku ni.. InsyaAllah akan ku cuba update sekerap yang mungkin mengikut mood aku lah..

Sekarang aku sedang menghabiskan sisa-sisa cuti yang tinggal beberapa hari jer lagi. Beberapa persoalan timbul dalam kepala aku sekarang ini. Ia berkaitan dengan akademik. Jadi, tak perlulah aku ceritakan disini kerana kalau aku ceritakan pon, korang pon tak paham jugak. Hehe..

Next week akan bermulanya kelas pertama aku pada semester depan. Rasa macam malas jer nak pegi kelas. Tapi aku harap semester ni, aku akan menjadi seorang yang rajin pergi ke kelas lah hendaknya. Zaman 1st year dan 2nd year sudah tamat. Tiada lagi masa untuk aku main-main. Habiskan degree cepat-cepat, boleh kawen cepat-cepat. Opss..

Aku rasa aku kene berjimat cermat sekarang ni memandangkan aku terlalu boros jugak sebenarnya. Oh tidak..

Oh, kepada sapa-sapa yang nak bertukar-tukar link dengan blog ni boleh la inform saya yer.. guna bahagian link exchange untuk berbuat demikian.

Blog Widget by LinkWithin
Subscribe to FakhriRamley.Com Newsletter
Masukkan nama dan email anda untuk mendapatkan tips/update percuma daripada saya.
Nama:
Email:
 
 

Email anda dijamin 100% selamat kerana saya juga benci SPAM.

Powered by Optin Form Adder

Related posts:

  1. #2: Misi Pertama – SEO dan Fakhri (part 1)
  2. #15- Entry Emo Pertama

Leave a Comment

Previous post:

Next post: